
Pernah tertanya-tanya bagaimana para penggiat YouTube yang bermain di laman slot seperti 7Slots menjana pendapatan dengan membuat kandungan? Begitu juga dengan Che Nom yang dikenali dengan resepi masakannya yang enak, hanya dengan menyediakan resepi dan masakan di laman akaunnya. Malah, ada juga penggiat YouTube yang meraih ribuan malahan jutaan tontonan hasil daripada kandungan yang dikatakan tidak memberangsangkan. Jika anda berminat untuk mencipta kandungan, inilah panduan untuk anda. Panduan ini dapat membantu anda memulakan perjalanan karier YouTube anda.
Ramai yang berpusu-pusu ingin menjadi penggiat YouTube, tetapi malangnya, ramai yang tidak berhasil. Kenapa? Hal ini kerana mereka tidak mengikut langkah yang betul, dan terus sahaja memuat naik video mereka, tanpa meneliti tentang strategi yang berkesan untuk menarik penonton dan menjana pendapatan.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil kira untuk mula bergiat:
Tema/niche ialah satu hal yang saling berkait antara kandungan dan harus berfokus pada satu topik yang jelas, contohnya, jika anda memilih niche kecantikan, sudah tentulah anda harus sering menyiarkan video yang berkaitan dengan kecantikan. Banyak kelebihan niche ini antaranya:
Jika anda keliru tema apa yang sesuai dengan anda, anda boleh fikirkan minat, pengetahuan dan pekerjaan anda lalu terapkan tema yang sesuai dalam kandungan anda.
Teknik belajar untuk kandungan YouTube adalah dengan meniru dan inovasi teknik pesaing anda. Anda perlu tahu dengan siapa anda bersaing supaya anda boleh tahu mengapa penonton memilih untuk melihat video mereka.
Pelajari bagaimana mereka mengambil video mereka, dari sudut kamera, pencahayaan, suntingan dan pengenalan video mereka. Anda akan dapat memahami dengan lebih baik, apa yang sesuai untuk anda, dan apa yang tidak.
Sumbang saran dan penjadualan ini sangat penting kerana ia dapat membantu anda menyusun jenis video atau jenis idea yang anda ingin olah atau paparkan kepada penonton.
Membuat satu video mungkin memakan masa yang lama, jadi pastikan anda sudah bersedia dengan beberapa video ke hadapan supaya anda tidak tergesa-gesa untuk merakam atau menyunting pada saat-saat akhir.
Pastikan anda mempunyai jadual untuk siarkan video ana. Hal ini kerana dapat membantu penonton untuk mengetahui bila mereka dapat melihat siaran anda. Ini tidak langsung, dapat membantu anda mendapatkan tontonan lebih banyak jika penonton sudah tahu jadual anda.
Anda sudah mempunyai tema, sudah mempunyai beberapa video untuk disiarkan, tetapi apa yang penting, anda perlu menjaga Halaman Saluran YouTube anda.
Nama saluran anda perlulah mudah diingati dan ditaip. Lebih bagus lagi, jika anda menggunakan nama anda serta diikuti tema anda. Contoh: Aina Beauty Review, Syafuan Production dan banyak lagi. Anda juga boleh menggunakan penjana nama yang ada di Google untuk mendapatkan nama saluran yang bagus.
Untuk mengoptimumkan lagi saluran anda, isi penerangan YouTube anda tentang tema anda, dan letakkan sekali jenis sosial media supaya mereka yang berminat dengan kandungan anda, dapat menghubungi anda.
Sudah tentu, gambar profil sangat penting untuk meyakinkan para penonton. Bayangkan, anda tidak meletakkan gambar profil, walaupun isi video anda sudah cukup bagus. Tetap tidak dapat meyakinkan orang untuk menonton video anda.
Terdapat banyak aplikasi atau laman web untuk meningkatkan kualiti gambar anda. Anda boleh menajamkan lagi gambar, menambah warna latar belakang, menyunting gambar supaya kelihatan lebih menarik.
Setelah anda melengkapkan semua di atas, anda sudah boleh memuat naik video pertama anda. Perhatikan kualiti bunyi dan pencahayaan ketika memuat naik video.
Anda pasti pernah mendengar perkataan “clickbait?” Atau kata lainnya, umpan klik. Ramai yang tidka puas hati jika umpan klik ini langsung tidak sama dengan video yang disiarkan, tetapi ini juga merupakan salah satu strategi pemasaran tanpa perlu mencari penonton.
Jika kita ingin mencari sesuatu video, pasti seseorang itu akan menaip kata kunci yang diingini. Pastikan tajuk video anda mempunyai kata kunci yang sesuai serta terpulang kepada anda jika anda ingin menggunakan teknik umpan klik.
Thumbnail atau lakaran kecil juga penting supaya penonton tertarik untuk melihat video anda. Anda perlu memilih dan menggunakan lakaran kecil yang menarik, dan ini dapat menambahkan tontonan.
Ini topik yang sering menjadi permintaan ramai. Boleh dikatakan, ia mudah dan juga tidak mudah. Oleh kerana anda berada di Malaysia, sudah pasti anda dapat menyertai Youtube Partner Program. Tetapi, untuk layak menyertai program ini, pastikan anda memenuhi keperluan tersebut:
Jika anda telah memenuhi keperluan dan saluran anda layak untuk memohon, daftar untuk program daripada komputer atau peranti anda:
Untuk kekal berjaya dalam menjana pendapatan di YouTube, penting untuk memuat naik video secara konsisten. Apa yang utama, kualiti kandungan perlulah mempunyai nilai positif atau menarik baik dari segi hiburan, berita atau inspirasi.