Panduan Bagaimana untuk Menjana Pendapatan melalui YouTube
An employee of Solaire Manila Resorts and casino checks chips during media day inside the casino in Manila on March 14, 2013, ahead of its opening on March 16. The Philippines makes its biggest bet this weekend in a high-stakes bid to join the world's elite gaming destinations, with the launch of a $1.2-billion casino on Manila Bay.Solaire Manila Resorts is the first of four enormous entertainment venues slated to rise over a giant chunk of prime, reclaimed land that industry and government leaders expect will attract millions of cashed-up Asian tourists. AFP PHOTO/TED ALJIBE (Photo credit should read TED ALJIBE/AFP/Getty Images)

vietnam-casino-1024x576.jpg

Pernah tertanya-tanya bagaimana para penggiat YouTube yang bermain di laman slot seperti 7Slots menjana pendapatan dengan membuat kandungan? Begitu juga dengan Che Nom yang dikenali dengan resepi masakannya yang enak, hanya dengan menyediakan resepi dan masakan di laman akaunnya. Malah, ada juga penggiat YouTube yang meraih ribuan malahan jutaan tontonan hasil daripada kandungan yang dikatakan tidak memberangsangkan. Jika anda berminat untuk mencipta kandungan, inilah panduan untuk anda. Panduan ini dapat membantu anda memulakan perjalanan karier YouTube anda.

Apa yang perlu dilakukan sebelum bermula

Ramai yang berpusu-pusu ingin menjadi penggiat YouTube, tetapi malangnya, ramai yang tidak berhasil. Kenapa? Hal ini kerana mereka tidak mengikut langkah yang betul, dan terus sahaja memuat naik video mereka, tanpa meneliti tentang strategi yang berkesan untuk menarik penonton dan menjana pendapatan.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil kira untuk mula bergiat:

Memilih Niche/Tema

Tema/niche ialah satu hal yang saling berkait antara kandungan dan harus berfokus pada satu topik yang jelas, contohnya, jika anda memilih niche kecantikan, sudah tentulah anda harus sering menyiarkan video yang berkaitan dengan kecantikan. Banyak kelebihan niche ini antaranya:

  1. Penonton dapat mengetahui apa yang anda ingin sampaikan dalam video.
  2. Video anda menjadi rujukan ramai orang.
  3. Menjadikan kandungan anda lebih tersusun.

Jika anda keliru tema apa yang sesuai dengan anda, anda boleh fikirkan minat, pengetahuan dan pekerjaan anda lalu terapkan tema yang sesuai dalam kandungan anda.

Belajar daripada Pesaing Anda

Teknik belajar untuk kandungan YouTube adalah dengan meniru dan inovasi teknik pesaing anda. Anda perlu tahu dengan siapa anda bersaing supaya anda boleh tahu mengapa penonton memilih untuk melihat video mereka.

Pelajari bagaimana mereka mengambil video mereka, dari sudut kamera, pencahayaan, suntingan dan pengenalan video mereka. Anda akan dapat memahami dengan lebih baik, apa yang sesuai untuk anda, dan apa yang tidak.

Sumbang Saran dan Jadualkan Kandungan Anda

Sumbang saran dan penjadualan ini sangat penting kerana ia dapat membantu anda menyusun jenis video atau jenis idea yang anda ingin olah atau paparkan kepada penonton.

Membuat satu video mungkin memakan masa yang lama, jadi pastikan anda sudah bersedia dengan beberapa video ke hadapan supaya anda tidak tergesa-gesa untuk merakam atau menyunting pada saat-saat akhir.

Pastikan anda mempunyai jadual untuk siarkan video ana. Hal ini kerana dapat membantu penonton untuk mengetahui bila mereka dapat melihat siaran anda. Ini tidak langsung, dapat membantu anda mendapatkan tontonan lebih banyak jika penonton sudah tahu jadual anda.

Bina Halaman Saluran YouTube Anda

Anda sudah mempunyai tema, sudah mempunyai beberapa video untuk disiarkan, tetapi apa yang penting, anda perlu menjaga Halaman Saluran YouTube anda.

Nama dan Penerangan Saluran

Nama saluran anda perlulah mudah diingati dan ditaip. Lebih bagus lagi, jika anda menggunakan nama anda serta diikuti tema anda. Contoh: Aina Beauty Review, Syafuan Production dan banyak lagi. Anda juga boleh menggunakan penjana nama yang ada di Google untuk mendapatkan nama saluran yang bagus.

Untuk mengoptimumkan lagi saluran anda, isi penerangan YouTube anda tentang tema anda, dan letakkan sekali jenis sosial media supaya mereka yang berminat dengan kandungan anda, dapat menghubungi anda.

Imej Profil

Sudah tentu, gambar profil sangat penting untuk meyakinkan para penonton. Bayangkan, anda tidak meletakkan gambar profil, walaupun isi video anda sudah cukup bagus. Tetap tidak dapat meyakinkan orang untuk menonton video anda.

Terdapat banyak aplikasi atau laman web untuk meningkatkan kualiti gambar anda. Anda boleh menajamkan lagi gambar, menambah warna latar belakang, menyunting gambar supaya kelihatan lebih menarik.

Muat naik Video Pertama Anda

Setelah anda melengkapkan semua di atas, anda sudah boleh memuat naik video pertama anda. Perhatikan kualiti bunyi dan pencahayaan ketika memuat naik video.

Anda pasti pernah mendengar perkataan “clickbait?” Atau kata lainnya, umpan klik. Ramai yang tidka puas hati jika umpan klik ini langsung tidak sama dengan video yang disiarkan, tetapi ini juga merupakan salah satu strategi pemasaran tanpa perlu mencari penonton.

Jika kita ingin mencari sesuatu video, pasti seseorang itu akan menaip kata kunci yang diingini. Pastikan tajuk video anda mempunyai kata kunci yang sesuai serta terpulang kepada anda jika anda ingin menggunakan teknik umpan klik.

Thumbnail atau lakaran kecil juga penting supaya penonton tertarik untuk melihat video anda. Anda perlu memilih dan menggunakan lakaran kecil yang menarik, dan ini dapat menambahkan tontonan.

Buat Duit dengan Saluran Anda

Ini topik yang sering menjadi permintaan ramai. Boleh dikatakan, ia mudah dan juga tidak mudah. Oleh kerana anda berada di Malaysia, sudah pasti anda dapat menyertai Youtube Partner Program. Tetapi, untuk layak menyertai program ini, pastikan anda memenuhi keperluan tersebut:

  1. Mendapat 1,000 pelanggan dengan 4,000 jam tontonan umum dalam 12 bulan lepas ATAU.
  2. Dapatkan 1,000 pelanggan dengan 10 juta tontonan Shorts umum yang sah dalam 90 hari lepas.

Bagaimana untuk memohon

Jika anda telah memenuhi keperluan dan saluran anda layak untuk memohon, daftar untuk program daripada komputer atau peranti anda:

  1. Daftar masuk ke YouTube.
  2. Di bahagian atas kanan, klik gambar profil anda > YouTube Studio.
  3. Di menu sebelah kiri, klik “Dapatkan”.
  4. Pilih “Mohon” untuk bermula.
  5. Klik “Mula” untuk semakan dan menerima terma Asas.
  6. Klik “Mula” untuk membuka akaun AdSense atau pautkan akaun anda yang aktif.

Teruskan Memuat Naik Video untuk Menjana Pendapatan

Untuk kekal berjaya dalam menjana pendapatan di YouTube, penting untuk memuat naik video secara konsisten. Apa yang utama, kualiti kandungan perlulah mempunyai nilai positif atau menarik baik dari segi hiburan, berita atau inspirasi.


About Retail News Asia

Retail News Asia is committed to providing local and global retailers with the latest news from the Asian retail market on a daily basis.

We have resources for everyone from independently owned business owners to online-only retailers and major chains expanding their reach throughout the Asian market. Retail News is “the news source” with over 50 weekly posts and 13,6 million readers.


CONTACT US

CALL US ANYTIME

Most read



Retail updates

Stay up to date of the lates updates and retail news from Asia.








X